[KPOP SECTION] THAT SUMMER CONCERT 1 DVD

Assalamualaikum. 

Semalam aku ada bagitahu korang kan, parcel aku akan sampai hari ni. And yeahh memang dah sampai tengahari tadi. I iz excited you know. OMAGOD OMAGOD. Punya laa terkinja-kinja aku tadi bila dengar moto abe posmen datang. Ada sesiapa tertanya-tanya barang apa pula kali ni aku beli. For those yang follow insta aku memang tahu laa aku beli apa. Yes betul tekaan awak, aku beli album lagi. (menangis kejap). 


Album ni bukan laa macam album aku yang lain-lain tuh. Yang lain-lain tuh beli berdasarkan nafsu. Album yang aku beli kali ni memang aku nak dari zaman dulu. Tak berzaman laa ada laa dalam 3bulan yang lepas. Heol. Bukan senang wey nak cari album ni, memandangkan album ni release 2012. Lamakan, that time tak silap aku.. aku spm kot. Masa zaman sekolah aku mana ada duit nak beli natang-natang ni semua. Mampu beli epop je. Hahahah


So bila dah kerja ni.. ada laa juga duit untuk sempurnakan keinginan aku ni. Tak tahu laa kenapa, sesejak minat kpop balik ni aku dah ada hobi baru.. iaitu menghabiskan duit beli album. Kumpul album. wey nak nangis kejap mengenangkan duit yang melayang.. (dah terlambat leya untuk menyesal)


Asal macam lari topic sikit ni. Back to topic, bukan senang nak dapat album ni. Dah bermacam-macam online shop aku tinjau. kebanyakkan nya dah tak amik order lagi untuk TSC1. and one day, aku jumpa laa satu online shop ni. Dia ada jual and that album ready stock. Bila tanya harga berapa, and guess what!! aku tanjat beruk bila baca chat dia. RM340 incl postage. Tiga ghatus wey. Hahahhaha (menangis sedu-sedu) Aku berfikir sejenak.. Masa album ni baru keluar baru dalam RM100 lebih. :((( Dah aku malas nak fikir. 


Jadi aku pun decide nak beli juga walau apa pun yang terjadi. Walau apa pun rintangan yang melanda. aku nekad nak beli juga. (Bila setan dah hasut buat perbaziran ceni laa jadinya). Dia mahal pun sebab barang rare. Baru rare belum limited uolls. So disebabkan susah nak jumpa dia orang yang berniaga ni main runding-runding harga dengan kita. Kalau ada duit engko beli, kalau engko dah tade duit duduk diam-diam meratapi tangisan sendiri.. 


Dah 5 perenggan baru nak masuk kan gambar kan. Terok perangai ko ni, leya. Ok, ni laa album yang aku tergila-gila kan sangat tuh. Tebal dan berat wey. Jum tengok isi dalam dia. 


Dalam album ni ada 4barang. PHOTOCARD (ada signature diaorang wey), POUCHBAG, 3DVDS dan PHOTOBOOK. 



Auw comil je signature yeol, macam cacing kerawit gitu. 



Yang ni pula pouchbag, walaupun simple janji official. Hahhahah (gelak gedik) Kalau sesiapa yang ada barang makeup berlambak tuh boleh laa letak dalam ni. Kalau aku, memang jenis tak suka nak bermekap mekap sangat jadi aku buat pouchbag ni untuk cium sebelum tidur (meluat sangat yang part, rasa nak tuing tuing je kepala ko, leya)



Ni pula dvd nya. Dah staph jangan tanya aku dah tengok belum. Ofc belum sebab aku tunggu masa sesuai untuk tengok contohnya malam karang. Baru boleh fefeeling ada dekat concert. Kalau tengok tengahri baik ngko tido je pepanas buta ni. 


Yang ni pula photobook. Ada 112 muka surat.. haa cukup laa buat tatap oppa satu persatu. (Nampak desperate sangat ko ni leya) ahh mian, kehidupan seketul fangirl memang ceni. Ok, aku patut berhenti menaip memandangkan reader aku dah banyak lari sejak perenggan ketiga tadi. Hahahhaha k boi uolls semua. 







9 comments:

  1. fuyooo tengok merchandise yang dia bagi memang berbaloi la 300 tu huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi tapi tapi masa album ni baru keluar baru 100 lebih :((

      Delete
  2. omg mahalnyaaaaaaa T_T leya mmg kumpul album infinite je ke? yg lain? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat masa ni memang kumpul album infinite je. sebab stan satu grup ni je. Tak larat nak stan banyak grup nanti mkin terbang duit leya T_T

      Delete
  3. i feel you leyaaa! dulu sy pun hardcore kpop fans. tapi skrg tak lagi. mmg gila bila dah fall in lep dgn dorg ni. if by now sy masih lagi peminat kpop, rasanya mmg duit pun byk habis beli goodies dorg!! xD

    ReplyDelete
  4. waaaa. happy nya diaa .. kak Lissa pun kpopers dulu. sekranag kureng sikit. haha :D

    ReplyDelete
  5. Hi! maigod bestnya lagu blog and bestnya beli semua tu ;_; orang ada album Paradise je hahaha dulu kemain lagi ha stan oppa. hehe

    ReplyDelete
  6. hi,saya datang singgah sambil follow sini :)

    ReplyDelete