Zaman Tok Kadok

Assalamualaikum Ya Habibi

Dah lewat malam ni nak juga aku update entry pasal benda meraban. Lama rasanya tak bagi korang baca entry merapu aku . Hewhewhew

Apa yang zaman tok kadok sangat? Well aku tak tahu nak buat tajuk apa entry kali ni. Aku memang fail bab nak bagi tajuk dan nak buat pendahuluan. Serius, kalau nak tunggu dapat tajuk yang bernas, memang tutup laptop tarik selimut tidur je laa jawabnya. 

Sebentar tadi adik aku baru sahaja habis kemaskan bilik kami. Hmm aku memang tak dapat nak tolong setelah penat balik kerja terus mengadap laptop menyiapkan blog customer yang tertunggak. 

Lagi satu, aku ni jenis kalau kemas bilik makan berhari. Banyak benda aku nak terokai. Kadang-kadang kalau kemas bilik rest kejap tengok album ibu ayah kawin. Tengok barang-barang sekolah yang dah lama. Surat-surat cinta. Ops hahhahaha. Mesti lama nak kemas. Eleh tayah cakap aku, korang pun sama kan belek barang-barang lama.


Belek punya belek.. Aku terjumpa benda alah ni. Aku lukis ni waktu umur aku baru 16tahun. Orang prep baca buku, aku prep lukis retis kpop. Cis aku ungkit zaman kegemilangan kpopers aku. Hahahhaa cantik tak cantik tak. Hahaha show off lebih leya ni. Yang tak boleh go, aku siap liminit lukisan tuh, acah acah sayang tak bagi komot konon. lol XD. Selain dari tuh, buku EPOP aku yang menimbun tuh pun aku ingat nak bako. Bila fikir balik buat habis duit aku je tiap-tiap bulan spend 4hinggit beli benda alah ni. Takpe laa benda dah lepas jangan dikesal. Hahahah

Terima kasih laa sebab luangkan masa baca entry aku sampai habis. Wey merepek gila. Dah dah pi tidoq nohhh.



7 comments:

  1. huih siap laminate lagi hahaha bigbanggggggggggggg xD

    ReplyDelete
  2. betul2... memang zaman tok kadok betul... saya pun nak bakar jugak epop zaman dulu2. memang perabih duit belanja je tiap2 bulan dok beli majalah tu =.= menyesal bila ingat balik.

    ReplyDelete
  3. memang fans giler kpop la dulu kala kan? hehe.

    ReplyDelete
  4. saya pun ade zaman macam ni heee. buku2 epop tu semua dh buang. rasa membazir pulak beli dulu. sekarang ni dah takde dah minat gila kpop mcm dulu

    ReplyDelete