Sundate ❤

Assalamualaikum

Dah lama rasa nya tak update entry pasal personal life. Ehh yeke? Ye, agak lama. Biasanya entry pasal Tuto, Segmen, Info yang merepek. So kali ni leya nak share sikit dekat readers tentang detik-detik indah dalam hidup leya.


Hari ni penat sangat, bukan penat sebab berjalan. Penat sebab asyik gelak je hari ni. Rancang nak pergi hospital hari ni, lawat mak kawan yang tak sihat. Tapi cancel sebab dah keluar wad. Then kawan ambil keputusan nak pergi jalan-jalan sekitar bandar melaka.


Jalan punya laa jem, aduhmak. Duduk dalam kereta je dah 3 jam. Mula rancang nak pergi MP (Mahkota Parade) .Parking kereta pula full. Cancel lagi. Lepas tuh perut ni dah lapar sangat, kawan singgah AEON. Dalam aeon tuh penuh, sesak padat. Macam semut. Dalam hati nak makan sizzling. Dah terbayang dah makan panas-panas. Tempat duduk pula tiada. Ramai sangat orangnya. Lepastuh cari laa KFC, pun penuh. Siap beratur panjang. Leya ambil keputusan makan dekat Burger King . Tak ramai orang. Nak order pun tak payah tunggu lama.


Lepas makan tuh dah tak tahu hala tuju nak kemana. Sudah je makan semua gerak, nak pergi PANTAI KLEBANG. Kalau korang datang melaka, nak photoshoot.. teringin gambar cecantik macam kat luar negara boleh singgah kejap dekat klebang.

(Gambar from encik google)

Acane nampak tak ajet ajet kat padang pasir gitu. Hihihi. Sesudahnya sampai dekat pantai klebang, tempat pertama yang kami cari toilet. Toilet dalam bas wey. Sory leya tak terfikir pula nak amik gambar toilet dalam bas tuh, Tapi memang bersih dan selesa dan cantik *em boleh laa*. 


Lepas je memasing lepaskan hajat memasing, mula la misi menjadi model kaku. Hahahha.


Disebabkan pukulan angin yang kuat, macam ini laa hasil tangkapan. Part ni paling banyak gelak, Serius memang gelak terbahak-bahak, sebab angin tuh kuat sangat sampai tudung menutupi muka. 


Cantik tak gigi saya. Heheheh Memang susah nak selfie, memandangkan angin memukul saya. Lepas dah penat gelak-gelak. Leya pergi pula main buih air. Belon belon yang berterbangan tuh tak nampak kan? Aduh sedihnya. Time main buih air ni, kalau korang nak tahu masa tuh hujan renyai-renyai. Redah aje. Bukan selalu dapat main hujan ni. Hihihi


Mesti korang tertanya-tanya, kenapa gambar leya takde bukit-bukit macam gambar atas sekali. Kalau korang nak pergi yang ada bukit-bukit pasir putih tuh, korang masuk dalam sikit lagi. Yang leya pergi ni dekat dengan pantai. Bahagian hadapan. Memandangkan keadaan hujan renyai-renyai, pasir pun basah. Tak sesuai kalau nak bergambau kat sana. Insya allah, kalau ada kesempatan, leya nak pergi bahagian belakang pula. 


Hari ni happy sangat. walupun tak dapat nak berkumpul ramai-ramai macam dulu, masih lagi bersyukur diberi nafas berjumpa dengan kawan-kawan. Ahhh rindunya. Semoga tali persahabatan tidak putus. Insya allah.


20 comments:

  1. Bestt lepak dgn kawan! Huhuhu. Kg Fadh belah mak dkt Melaka, tp tak pernah lg sampai dkt Pantai Klebang x3 Teringin gaklah nak pergikann. Huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kalau ingat singgah laa fadh. Cantik pemandangan nya

      Delete
  2. sy tak pernah lagi guna tandas kat sana hahahahaa. masa pergi sana sy selalu request pergi tandas tempat lain sbb takut tandas tu dlm bas. aduiiiii laa kahkahh

    ReplyDelete
  3. Dkt bukit klebang upernyaa, gmbar padang pasir tuuu .. ada masa, ada duit nak g laa jalan jalan belah melaka. Dah lama sgt xpergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meh lerr datang melaka ni kim chaa. Nanti rojer rojer.

      Delete
  4. hehhe ina baru je balik dari melaka semalam tau.. tapi tak sempat nak pergi pantai klebang.. haihh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe ina. Next time kalau g melaka.. try laa datang klebang

      Delete
  5. Seronoknya dapat lepak dengan member! ^_^

    ReplyDelete
  6. yanie pernah juga dtg Klebang heehehe raya tahun ni :D dgn kakak angkat sb dia org Melaka ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhhh. Macam tempat yanie dah pergi ye

      Delete
  7. untung la... teringin nak pegi tapi xdapat lagi. busy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe kak. Nanti kalau dah free boleh ler pijolan jolan

      Delete
  8. Bestnyaa sundate dia.. hehehe Gigi tu kita sama la Leya. tapi kak Lssa ada kiri dan kanan macam vampire. hahaha T_T anyway.. cantik lah pantai tuu.. sukaa sangat tengok pantai :D

    ReplyDelete
  9. Napa tak minum coconut shake kalau dh sampai klebang??? Syok woo

    ReplyDelete
  10. bestnyaaaa!~~ teringin nak pergi ngan keluarga

    ReplyDelete
  11. wah bestnya..lama tak situ..hehe

    ReplyDelete