Misteri lagu seram "MENANTI KEKASIH"

Assalamualaikum

Kali ni leya nak buat entry seram-seram suku sikit. *seram-seram suku ke suam-suam kuku* Hihihi. Leya tertarik dengan kisah seram ni bila secara tiba-tiba ibu buka cerita pasal lagu berhantu ni. "Kakak, kau nak dengar satu cerita tak?" Leya terus je pandang ibu. "Citer pe?" "Ada satu lagu ni berhantu, penyanyi ni mati dan selang beberapa hari lagu yang dinyanyi kan oleh penyanyi yang dah mati tuh keluar" okey, leya rasa ayat macam dah berputar belit. tapi macam tuh laa ibu leya cerita kan. Mungkin ada tokok tambah sikit. ye laa nak buat lagi suspen kan. Hahahahah


Selain lagu ULIK MAYANG, CINDAI atau CINTA 3 SEGI, lagu Menanti kekasih ni juga ada kisahnya tersendiri. Mungkin ramai yang tak tahu dengan cerita disebalik lagu ni. Ini merupakan lagu terakhir yang dinyanyikan oleh arwah. Alda Risma artis indonesia yang terkenal dengan lagu 'AKU TAK BIASA'. Malam tadi ibu cari lagu tuh dekat youtube untuk kasi leya dengar.  ibu buka lagu tuh dengan nada pelahan, ibu suruh leya dengar.. dan leya menolak secara baik dengan alasan leya tidur sorang, nanti takut. Gila kau nak dengar lagu seram malam-malam.


korang tak caya cuba buka lagu tuh, dengar... seram ke tak seram?

Malam sunyi kusendiri 
Duduk sepi diatas pohon 
Kubiarkan rambutku terurai
 Tanpa kaki kelelawar Anjing dan bulan purnama 
Kumenanti kekasihku Yang belum mati 
Reff : Kapan mati kekasihku 
Kumenanti kau disini 
Ayo mati bunuh diri 
Agar kita jumpa lagi Seperti dulu
Mana mungkin kukembali
Hidup lagi seperti dulu 
Kecuali engkau mati
Mohon mengerti

Seram kan lirik nya? Lagu ni ada part yang mengilai-ngilai. Yang tuh paling seram. Pagi tadi lepas dengar lagu tu, leya search kisah lagu ni. Then terjumpa blog abang abe ni... leya pun baca entry dia sampai bawah. Yang paling menakutkan bila abang abe tulis 

Abe taktau laa citer ni betul ke x... Abe try cari citer dr internet... Citernya macam ni, selepas 3 hari lagu ni dirakamkan... Polis jumpa mayat Alda mati dalam sebuah hotel... xpasti sama ada mati bunuh diri @ dibunuh...Yang pasti mati sebab overdose.... Tapi, lepas forensik cek mayat dia... Didapati dia dah mati 7 hari.... So...saper yg gi rekod lagu tu??? Hurm... lagu tu plak... Tetiba jer dah siap rekod... Pengurus pun taktau mana dtg... So... Apa pendapat korang??? 

Okey, siapa yang rakam lagu tuh? rakam sebelum mati ke selepas? tiada siapa yang tahu. Misteri tak terungkai. Seram seram. adakah kisah ini benar? Wallahua’lam


24 comments:

  1. *gulp* *telan air liur*
    lirik dia sungguh seramm T__T

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuh baru lirik, belum dengar lagi. hihihhiih

      Delete
  2. agak la~
    adoi...org pun dok sorg kat rumah dah 2 hari pi baca entry ni plak ^^"

    ReplyDelete
    Replies
    1. aigoo, hihihi sory sory. takpe kuatkan semangat. Fighting!

      Delete
  3. Dah penah baca and search lagu nie.. Betul ke x hanya Allah yang tau

    ReplyDelete
  4. hari tu pernah kawan suruh dengar, dia kata sedap lagunya...tapi kalau berani cuba dengar betul2...ada orang ngilai...pastu kitaorang dengarlah ramai2....scary gak r...

    pastu tadi try cari kat utube...terus baling laptop....huwaaaaa...salah timing pulak nk dengar...
    T___T

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi... jangan laptop tuh rosak sudah laa kak sofie. hihi

      Delete
  5. Seramnyaaaa lirik diaaaaaaa T^T Nak try dgr lagu dia... Tapi... Hahahahhaha

    ReplyDelete
  6. seram ! meremang baca lirik tu. tu baru baca, tak nyanyi lagi. -__-"

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tuh sis nurul. baru baca belum dengar. hihihi

      Delete
  7. mirul dh siasat dh pasal lgu ni...bnda yg sme mirul dpt...tkut lh nk dngr lirik dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh siap siasat, so mirul dah dengar belum lagu ni? hihihi

      Delete
  8. Penah dengar lagu nih kawan antar waktu malam. Seram gilerr.

    ReplyDelete
  9. seramnya dengat cite leya nih..takut plak,dah lah duk umah sorang nih

    ReplyDelete
  10. Salam singgah sini sik leya...akak takut dengar lagu² yang ada unsur seram² ni dik..

    ReplyDelete
  11. salam leya, actually semalam akak singgah blog leya baca pasal, tapi takut nak komen sebab dah tengah malam,
    dulu kawan akak bagi lagu ni kat whatapps dan akak tak tahu lagu apa, dengar punya dengar pastu terus tutup scary kot , dah la pakai earphone

    ReplyDelete
  12. Kak Lissa pernah dengar cerita pasal lagu ni dari cikgu.. Cikgu cerita dalam kelas. tiba-tiba ada kucing lalu. semua menjerit.. hahahaha seram aura lagu ni

    ReplyDelete