D3- Haiwan jinak yang ditakuti

Assalamualaikum

Wuu wuu sejuk, tempat leya baru lepas dilanda hujan. Hehehe. So hari ni nak cerita pasal apa? Leya nak cerita pasal haiwan yang leya takut. Korang takut ape? Katak? Lipas? Ulau melingkau di atas pagau? Ehhh, hahaha. 

Ada tak sesiapa dekat sini takut kucing? Angkat jari, ok dah turun kan jari tuh. Jangan malu, sebab leya pun takut dengan kucing. *Eleh dengan kucing pun kau takut* Ehh takut doh, macam harimau bila leya tengok kucing tuh. Pernah sekali tu dekat hostel, kawan leya punya dengki dia pegang kucing sambil kejar leya. Lintang-pukang leya lari.

Memang dari kecik lagi leya takut dengan haiwan comil ni. Mungkin sebab bulu dia panas, gigi tajam, kuku tajam. Actually kucing ni comel sangat. Tersangat la comel. Serius. Percaya tak leya pernah bela kucing? *Eh cakap takut, tapi bela* wait wait baca dulu..

Pada mulanya begini.. Pada suatu malam, masa tuh dalam rumah ni semua dah tidur dah.. leya pun tidur dengan nyenyak macam puteri beradu. Aduduh. Tiba-tiba dengar kucing mengiau-ngiau. Dalam pada masa tu hujan renyai-renyai. See macam drama kan cerita leya ni. LOL. bunyi kucing yang mengadu nasib tuh tidak henti-henti. Makin lama makin kuat, leya pun bangun.. "Eh dalam bilik aku ni ada kucing ke" berkata seorang diri. Lepas check semuanya takde pape, leya pun sambung tidur. 

Keesokkan harinya masa leya nak buat breakfast di dapur, leya dengar bunyi kucing tuh lagi. Leya pun jengah-jengah laa di luar tingkap."Mungkin dia lapar". Leya panggil abang sulung leya, suruh belikan susu untuk diminum oleh kucing tuh. Tapi abang leya ni sibuk dengan gamenya, dia suruh leya bagi air pape je. Takkan laa leya nak bancuh air oren untuk kucing kan. Kang kalau leya bagi air masak je tak sedap. Well tetamu kan? takkan nak bagi air masak pulok. Hahaha Leya pun godek-godek laa tengok apa ada di dalam peti ais, ada susu pekat! leya bancuh susu pekat tuh dan leya pergi laa goreng ikan bilis. Lepas goreng ikan bilis leya gaulkan dengan nasi panas.


Masa nak bagi makanan tuh bukan main ambil masa lagi. Sebab leya takut kot-kot tetiba kucing tuh terkam leya sebab nampak leya bawa makanan. Naya pulok. Nak bagi makanan pun takut-takut leya ni. Hihihi, ni gambar pertama kali kami berjumpa. Sweet kan saya. Hahahha simpan lagi gambar dia.


Leya beri nama dia PUTIH, sebab dia putih. Leya bagi dia makan tapi leya tak pernah nak pegang dia. Dia duduk depan rumah je. Taknak bagi masuk sebab takut dia kencing atau berak. Tapi ada satu malam tuh, hujan lebat, angin kuat, petir menyambar.. leya mula risau dekat putih di luar sana, leya panggil-panggil dia tak nyahut, banyak kali panggil.. bila hujan dah redha sikit leya buka pintu ingat nak tengok dia, dia nampak leya terus lari ke arah leya. How cute. Hihihi. Pada malam tuh leya biarkan dia tidur dalam rumah.


Bila putih ni dah masuk rumah mula lah excited kemain. Lompat sana lompat sini. "Lantak kau lah putih nak buat apa, aku nak pi tidur" . Makin lama makin rapat, rapat je tau.. tapi tak pernah nak dukung ke. Pegang tangan dia lagi lah jauh sekali. Takut kena cakar.

Aksi comil ketika tidur


Ada satu gambar that time, putih tidur mata terbuka sikit dan lidah terkeluar, sumpah kelakar! macam kucing mabuk. hahahaha alaaa tapi leya dah buang gambar tuh. kalau tak boleh post. Hihihiiihi Putih kalau nak tidur mesti cari leya. then suka tidur dekat-dekat. Mesti nak menyelit. Tapi sayang, putih duduk dengan kita orang tak lama. Sekejap je. Lepas tuh dia hilang entah kemana. Leya masih rindukan kecomelan dia. Rindu nak tengok dia makan bila leya beli kan makanan sedap untuk dia. Hanya mampu tatap gambar je.

Ehhh terasa panjang sangat pula entry kali ni. Hihihi nah hakak lanje gambar putih yang ploles


Mana laa kau pergi putih oi, hmm tak sempat nak ucapkan selamat tinggal. Sob sob semoga kau bergembira di luar sana. Jangan gaduh-gaduh dengan kucing lain. Tak elok. Mekak je nanti.

ps: Percayalah, sampai sekarang leya masih takut pada kucing. Leya takut bukan benci. Jangan salah faham. Kucing ni sangat comel. tak sanggup nak membencinya.


Hihihi okey laa uolls, Bye

17 comments:

  1. Replies
    1. Fiqa pun suka sangat kucing tapi fiqa tak takut kucinglah. Haha. Btw kucing tu comelnya. Mesti rindu dia T_T

      Delete
  2. Hahahaha. Wowwww! At least leya berani dekat dgn dia even tak pegang. Masalahnya fadh nix even jarak satu meter dri kucing tu pun dah cabut lari! Sbb dok terbayang kalau dia "terkam" ke apa ke. Hahahaha. You are more better than me TT^TT Siap boleh bela lagiii! Btw, comelnyaaaa kucing leyaaaaa ><

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha kucing sesat fadh, tuh yang bela. hihihihi berani tuh tak laa sangat. kalau kat kedai makan, mahunya leya bersila atas kerusi sebab takut kucing meleset dekat kaki. hihihi

      Delete
  3. huhuhu qila paham qila paham
    sbb adik qila pun dia quite takut gak huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihiih terima kasih kerana memahami, cakap dengan adik geng dengan leya. hihihi

      Delete
  4. dulu takot jugakk,tp skrg dah makin sukaaa :D

    ReplyDelete
  5. farah pun takut kucing. haritu dia kejar dari tingkat bawah sekali, sampai tingkat 2. ya allah, takut sangat waktu tu kalau dia cakar or gigit xD

    ReplyDelete
  6. Comelnya makhluk ciptaan Allah ni. Geram rasa nak picit-picit je ! Hehe
    Fatin suka kucing, kalau kucing tu tersangatlah comel mau Fatin terkam dia. Tak sempat nak lari kucing tu nanti. Hehe

    ReplyDelete
  7. hahaha dulu pun qila takut kucing, siap guna glove berkebun tu just sebab nak pegang kucing, but once dah okay, terus bela banyak-banyak. tapi kesiannya, mana la dia pergi kan.

    ReplyDelete
  8. sama kita, takut kucing..haha

    ReplyDelete
  9. yes sama takut kucing. tapi takut pegang je la. kalau bgk makan, mmg sy terer. hahaaha

    ReplyDelete
  10. comelnyaaa! Lissa suka kucing, tak suka ular . sangat tak sukaaa. haha

    ReplyDelete
  11. Akak ! hehehe, leya akak pun takut kucing tapi macam leya la , takut tapi bela, sekarang tak takut sangat dah.

    dulu masa akak study kawan akak ada jumpa ank kucing, dia bela kat hostel, mandikan bagi makan, akan selalu pi bilik dia so at last kawan akak bhasa kan akak ummi, dia mummy, lagi sorang ibu, lagi sorang mama pada anak kucing tu. now kucing tu ada rumah nenek kawan akak tu dia bawak balik. sebab sayang sgt. maaf terthrowback plak. rindu-_-

    ReplyDelete
  12. Kannnnnnnnnnnnn :D comel je kucing. Tp takutttt nak pegang. Takut dia cakar.

    ReplyDelete