D2- Apa ada dalam handbag anda?

Assalamualaikum



Selamat malam uolls, dah masuk hari kedua leya post pasal "7days Blog Challenge". So siapa kat sini ada handbag. Leya yakin ramai perempuan di luar sana yang mempunyai beg sendiri. Leya pun ada. Tapi tak banyak. Dalam handbag korang, korang letak apa? Normal laa, kalau ada beg duit, Gincu/lipstik. Duit yang bertaburan dalam beg kan. Wahh banyak duit sampai berterabur. hihihi

Lelaki mesti pernah fikir, kenapa laa perempuan hulu-hilir bawah beg? Barang takde laa banyak mana, tapi letak dalam beg. Mungkin perempuan tuh mempunyai beg duit yang terlampau beso, tuh yang tak muat nak letak dalam poket seluar, macam lelaki beg duit kicik je. Tuh sebab perempuan bawak handbag, senang nak sumbat ape-ape. Kau nak sumbat makanan pun boleh.

Ada sesiapa nak tahu dalam handbag leya ada ape?


Beg duit pink, sesungguhnya pink adalah warna kegemaranku. hihihi. Dalam beg leya ada minyak wangi, gincu, Vaseline Intensive Care tuh sangat penting, sebab bibir leya selalu kering sebab kurang minum air. Bila bibir dah kering mula la tangan ni dok ngopes-ngopes benda alah kering tuh, jadi cacat pula bibir ni. Leya pakai benda alah tuh memang ada perubahan. Bibir tak kering. Dan nampak cantik. Kena pakai selalu laa. baru nampak perubahannya kan. Lotion Echanteur paris tuh memang leya letak dalam beg je, sebab selalunya kalau keluar pi makan, sesudah basuh tangan leya akan gunakannya. Alaaa leya pun nak kulit lembut, selembut kulit sotong. Ehh, Spec tuh pun leya letak dalam beg. supaya senang.. kot kot pergi tengok movie, takde laa nanti kejap kecik kejap besar mata ni nak tengok subtitle movie.




Ok, siapa ada sifat yang sama seperti gambar di atas. Pernah tak beg duit korang penuh dengan kertas-kertas. Resit beli barang.. Lepas beli barang je pekerja kedai tuh bagi hang balance serta resit, dan kau pun nak cepat sebab pelanggan lain dah dok tengok kau atas bawah. Lalu kau pun sumbat laa duit baki dan resit bersama ke dalam beg duit. Hari seterusnya pun sama begitu sampai menimbun beg duit penuh resit. Leya tak tahu leya kumpul ni dari zaman bila. Hahahha leya baru je kemas tadi. Dah dah, cuba korang pi check beg duit memasing.. dah kemas belum? Mana tahu jumpa duit RM100 terselit. Hihihihihi okey bye. Good night



11 comments:

  1. Itu dah semesti banyak barang mekap dalam beg tangan perempuan, sarat dan padat :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Well. Perempuan memang cengitu hihihih

      Delete
  2. dalam handbag akak siap ada payung tau , haha dah start musim hujan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh kak. Berat beg siap bawa payung. Tapi bagus. Sediakan payung sebelum hujan

      Delete
  3. hihi kdg2 sayang nak buang resit tuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aik.. kalau yg berguna je kan sayang. Tapi ada ke resit beli yg berguna. Hehehehe

      Delete
  4. pernah!!! hahahah
    bila akhir2 bulan baru dok kemas dengan hrapan ada duit di celahan kertas tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihihi tapi harapan tuh jumpa tak duitnya. Hihihi

      Delete
  5. eh qila ada silky girl lip balm tu sama teehee! <3

    ReplyDelete
  6. Kak Lissa lip balm ada 3, bedak bukan bedak compact, siap bawa bedak badan sebotol baby jhonson tu. hahahaha tpi bab kumpul resit tu, kita sama la Leya.. sep dulu ! haha

    ReplyDelete