Lepak dengan BFF di Corm Cafe



Hai,  Petang tadi ajak kawan minum petang kat satu cafe ni. Actually dah lama sangat nak pergi. Kerana tiada peneman, ku pendam sahaja harapan palsuku. Pfftt, berangan dialog zaman P.Ramlee. Cafe ni terletak di JASIN,MELAKA

Ramai kawan leya yang dah pergi, Semua comment kata cafe tuh ala-ala barat. Leya pun like "wahhh macam best je" so leya pun set time dengan kawan merempit pergi Corm Cafe.Tak jauh dari rumah, Naik moto dalam 20minit sampai dah.

Ini antara gambar yang leya sempat ambil tadi,



Honey Dew Smoothie


Tortilla Ayam


Brownies Cake

Yang atas ni semua makanan yang leya order. Murah dan lazat. Tortilla ayam tuh padat dengan ketulan daging ayam yang dicincang. Memang superb. Banyak lagi pilihan makanan. 

Yang gambar bawah ni pula, dekorasi kedai yang amat sempoi. Boleh bersantai sambil baca buku. Korang nak main UNO Card pun boleh tau dalam tuh. Ha, 









lupa pula nak bagitahu... pekerja dekat Cafe ni semua lelaki. Cafe ni ala-ala band indie, Hardcore. Sesuai laa dengan jiwa remaja yang suka layan lagu Indie, Cafe ni mula buka pada pukul 5PM sampai 12AM. Serius tempat ni santai gila kot. 

 Sebelum balik mesti nak selfie melfie dulu kan, 






Muka gelap. Filter phone tak lawo. Hhahahahah


Dua gambar ni mampu leya bagi, Hahahahhah. Jumpa anda semua di entry yang seterusnya. Bye bye


8 comments:

  1. cantik la cafe ni...hehe..mesti enak2 menunya kan...

    ReplyDelete
  2. Dari segmen Blog walking Ieka Farhana edisi raya haji,. Sori lambat datang http://amaraz23.blogspot.my/

    ReplyDelete
  3. @NabilaSyifa : mehh ler datang jasin,melaka. Hehheheh

    ReplyDelete